Ambil kesempatan dalam Ramadhan? Apa yang aku meraban ni? Ada orang ambil kesempatan masa puasa ke? Apa kesempatan yang telah diambil dan apa kesan daripada kesempatan yang telah diragut tu? *pitam bangun sendiri* Apa laah yang aku merepek ni? Aku bukan nak cerita pasal apa-apa kesempatan yang Azwan Ali ambil ke atas Tomok atau apa yang orang lain buat masa bulan puasa ni. Tak payah ambil kisah pun tak apa. Jangan jaga tepi kain orang kalau kain sendiri koyak rabak. Aku cuma nak bertazkirah ala-ala ustazah Siti NorTakPayah sempena bulan mulia ni. Apa yang aku nak merepek lagi ni? Perkara ni berkaitan dengan diri aku, so tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah ke rahmatullah atau hidup buat-buat mati. Tapi benda ni boleh dijadikan iktibar untuk semua orang yang betul-betul rasa 'Seru' dah sampai. Mati?
Sempena bulan Ramadhan ni, aku berazam untuk menjadi yang lebih baik daripada aku yang sebelum ni baik so-so. 'Semalam adalah pengajaran, hari ini adalah pengalaman, esok adalah permulaan' Quote ni aku je yang memandai reka berdasarkan peribahasa arwah moyang tokyang aku. Kalau nak berubah bukan je orang tengok dulu kau free hair, bulan ni kau nak pakai tudung. Tu baik aku hempuk kau guna tudung saji je. Ikat-ikat pacak jadi orang-orang dekat sawah nenek aku. Maksud aku kalau betul kau nak berubah, eh jap, aku nak berubah, aku kena ubah semua tapi mula slow-slow. Kalau nak berubah semua satu masa, aku sendiri pun boleh mati terkejut kecuali dengan izin Allah. Mulakan dengan pemakaian aku, aku dah banyak kali usha laman sesawang sebawang senawang yang berkaitan amacam Cala Qisya atau lagi satu muslimah superb awesome cantik menarik tertarik aku memang tembam Eight Design. Dua ni antara most Da Bomb boutique online yang sell muslimah clothes. Aku rasa semua pun dah tahu aku je yang baru nak promo, padahal aku dah lama follow both design dah lama. Dah laah empunya dua-dua ni memang buat aku dengki sebab diorang memang kaki gojezz! Jom usha jap..
Eight Design Palazo's : Tak ketat and tutup aurat.
Cala Qisya's Raya Collection 2012 : So vogue plus cantik kau!
Banyak lagi yang diorang jual, kasut, seluar, skirt, blouse, blablabla and mostly memang up to date punya design. Untunglaah otak business minded kan -.- *dengki* *gelak jahat, terkentut* Aku ada jugak datang menjenguk macam mak pak sedara aku punya rumah butik tu aku buat, maybe boleh laburkan duit aku ke situ lagi. Memang mama dengan ayah bank bergerak aku. *sepak diri sendiri* Lepas pemakaian, dengan peradaban. Boleh pecah otak fikir apa yang aku kena buat? Think out of the box, cara percakapan, cara aku berinteraksi dengan orang, cara aku berjalan, semuanya perlu. Haruslah! *suara minah wempit, jeling mata, kembang hidung* Antara aku dengan orang lain terutama yang berlainan jantina, ada batasan. Fahamlah kan, kalau tak faham tu memang pergi balik belajar tadika tarik cikgu muka macam Awie suruh ajar.
Ramadhan kali ni mungkin yang terakhir untuk aku atau orang lain. *background lagu Ombak Rindu* Setiap Ramadhan perlukan kelainan atau jadikan permulaan ke arah kebaikan *suara Dr. Lalalitamplom* kenapa aku nak berubah? Jujur sebab aku rasa orang yang pakai baju yang longgar yet still fashionable, yang tu memang awesome gila. Aku pun tak tahu ajal maut ketentuan Allah, so kalau aku tak mula sekarang? Bila? Dah nazak nanti? To be exact, aku envy tengok kawan-kawan aku yang memang 'jaga' diri diorang. Kenapa nak envy? Kenapa tak envy tengok budak hotty hot hotsetap yang tak cukup kain tu nampak ketiak hitam macam lecak tayang public tu? Mungkin bersebab, semua ni rancangan Dia :)
Hari ni aku dapat cermin mata baru so called 'Buta jadi Nerdy' Mama tanya kenapa buat cermin mata buruk sangat konon laah macam zaman dia dulu, besar, tebal. Aku cakap biar buruk pada pandangan orang asal cantik minda dan dalaman. *kembang semangkok* Bukan nak bangga, tapi those words came out from my mouth bukan aku yang susun. See, sometime we do say or do things unexpectedly or just spontaneous. Bila jadi muslimah, jangan fikir orang tu kolot or 'tertutup' macam cara pemakaian dia. Tu lagi otak kalah otak burung unta *mata ke atas, kaki terkangkang* kau tu yang mintak kaki! Otak 'ketat; macam lorong haji taib! Kalau faham apa yang aku cuba bebel dekat atas ni, jadikan pengajaran bukan masuk dekat mata, rotate dekat otak, tapi simpan dalam trash bin je. Renung-renungkan, selamat beramal *gelak Johan*
-NANBA-
No comments:
Post a Comment