bila dia tak ada aku rasa sunyi, bila dia senyap aku rasa hilang arah, bila tak jumpa dia aku rasa macam dah tak tau nak buat apa. cuma dia yang selalu teman aku tolong aku hiburkan aku buat aku gelak macam nak putus urat. tapi bila sekali dia tak ada aku rasa macam 'baik aku duduk rumah je'. memang aku tak pernah bayangkan macam mana bila dia tak ada nanti. sebab aku memang harap dapat hidup dengan dia sampai kami mati. aku tak nak hilang dia. aku pernah pergi dulu tapi silap aku sebab sekarang aku tahu aku tak boleh lepak tak ada dia.
mungkin orang yang baca nie akan fikir 'eh,dekat blog pun nak jiwang2'. tapi aku bukan cakap pasal balak aku ke lelaki idaman aku ke apa ke. aku tulis pasal sahabat baik aku @ kawan setia aku @ kembar sehidup semati aku AMEERA SYAHIRAH. memang lah dari dulu sampai sekarang selalu bergaduh. kalau tak bergaduh memang tak ada thrill lah hidup kan. hurmm tapi aku tak pernah kesah kami bergaduh, aku tak pernah kesah kalau dia nak marah aku ke apa. cuma satu je aku kisah! bila dia hilang tiba2 tak nak text or cakap dengan aku! aku asa sunyi gila.
aku selalu rasa macam ni maybe sebab aku dah sayang sangat dengan dia. maybe sebab aku tak pernah terfikir bila kami berpisah. aku tak nak hilang dia! sampai bila2 pun biarlah aku dengan dia. sebab dia faham aku, dia sama taste dengan aku and dia bukan macam orang lain yang kawan seseorang hanya kerana harta,duit,darjat atau sebab nak popular. aku tau dia ikhlas and aku pun ikhlas kawan dengan dia. lagi2 dapat satu kepala yang gila macam dia.
kepada chaira, aku tau aku banyak sakitkan hati kau, aku banyak buat kau marah and buat kau rasa annoyed dengan aku. aku tahu sometimes kau terasa gila dengan aku. tapi percayalah aku tak pernah sengaja. aku sayang kau sangat2. biarlah apa orang nak caakap kau tetap kawan aku dunia akhirat. biar orang cemburu kita rapat yang penting ita tetap sahabat. aku tak tahu kenapa bila setiap kali kau marah aku rasa serba salah. kalaupun tu bukan salah aku. aku tetap minta maaf. sebab kau kawan aku and aku tetap rasa tak sedap hati bila kau sedih.
kawan,bila seseorang sayang dekat kita,janganlah dipersiakan niat ikhlasnya. aku tak nak juga hilang kau kawan. aku tak nak tinggalkan kau jugak kawan.
-NANBA-
No comments:
Post a Comment