(malay version)
"hidup sebagai seorang manusia tak pernah lari dari masalah"
setiap hari ada sahaja masalah yang datang dan susah nak pergi..
aku serik! serik sangat sayang orang! bukanlah nak jadi orang yang 'heartless' tapi aku serik dengan hanya sayang orang aku yang jadi mangsa keadaan! hidup aku sebelum ni tersepit antara kawan baik @ kembar aku dan teman lelaki aku..
bila aku luangkan masa lebih sikit untuk kawan baik aku E.g: pergi membeli-belah atau 'sleepover', yang lelaki ni marah! (teramat) tapi bila aku luangkan masa keluar dengan si lelaki, yang perempuan pulak bengang tahap gaban dekat aku..
apa yang aku boleh buat? arghh semua benda serabut..hidup aku jadi macam 'SHIT'..
yang diorang tahu cuma nak bergaduh antara satu sama lain..tak pernah fikir aku ni macam mana..tapi tak apa..aku tak pernah salahkan diorang berdua..tipulah kalau aku cakap aku tak marah,tak bengang..tapi kalau dah dua-dua api, takkan aku pun nak jadi api jugak..jadi aku ambil keputusan untuk berdiam diri..hilang dari hidup diorang buat seketika sampai diorang sendiri sedar baru aku okey..
alhamdulillah,sekarang (3 bulan lepas gaduh) aku dengan kawan baik aku dah macam biasa dan aku dah putus dengan teman lelaki aku 'officially'
aku puas..puas sangat-sangat bagi peluang dan jadi baik dekat orang..lepas tu aku pulak yang kena pijak sampai lumat..tak guna!!
"sabar.sabar.sabar itu sebahagian dari iman."
memanglah aku bersabar. kalau tak sabar dah lama aku meletup dah..biar semua orang tahu yang nadiah yang diorang kenal dulu tak pernah hilang dalam diri aimi!!
aku serik! aku puas! aku letih! aku penat! dari semua masalah yang melibatkan orang yang aku sayang (bukan keluarga) dan semuanya berpunca daripada alasan yang sangat-sangat-sangat kebodohan!!
dah berapa bulan aku rasa macam mayat hidup..
hilang satu masalah datang pulak yang lain..adoiyai!!
mr.A: aku nak kau pilih, antara kawan atau kekasih.
me : aku pilih kawan!
mr.A: kenapa?
me : sebab kawan lebih bermakna dari kekasih.
mr.A: kenapa pulak?
me : sebab kawan kekal selamanya, kekasih hanya sementara!
kawan,rakan,teman,sahabat,kekasih..argghh!! semuanya bagi masalah dekat aku..
apa diorang ingat diorang sorang yang sakit hati?
habis tu aku ni apa? orang tak berperasaan? tak boleh nak cuba paham aku?
aku je yang kena paham diorang? lepas tu takde usul periksa,aku yang jadi mangsa!!
dah la..cukup la..
bukan dekat sekolah je,dekat luar,dekat tempat tusyen lagi..
SABAR AIMI NADIAH! SABAR!
No comments:
Post a Comment